February 22, 2017

kisah nak pergi kenduri kawen kt gerik

Happy new year guys & happy chinese new year kkk


I know it's a bit too late tapi tak kisahlah, aku tetap nak wish jugak. ni aku nak cerita pasal trip kitorg nak pergi kenduri kawen yana kt gerik tapi tulah lama sangat simpan dalam draft, aku pun dah lupa sebenarnya macam mana cerita dia.. cemaner nak mula pun aku tak tahu lulz


so aku start macam nilah ya.. kitorg plan nak pergi tu dah lama dah tapi biasalah plan selalunya tak menjadi kan. dia nak kena tetiba cakap ok jom let's go, barulah menjadi + quota geng semua cukup bagailahkan. kalau hari tu masa kenduri kawen asma, syam dengan wa takde sebab aish demam, this time ina dengan harry pulak tak dapat join. tapi takpe, tahun lepas kita dah jumpa kan hehehe ada rezeki kita plan trip lagi ok ^^


nilah lauk kenduri kitorang tapi sabar eh, aku cerita slow slow, step by step bak kata omputeh. sorry kalau lost touch dah lama sangat tak tulis blog. anyways, masa hari kenduri hari tu, aku mitak bapak aku tolong hantar aku kt mydin, kalau ikut plan asal minah nak park kt amanjaya je tapi lepas tu tukar ke mydin sebab tak nak kereta kena panas lama.


tapi on the way nak ke mydin tu, aku tengok lane sebelah jem teruk giler. lane aku ikut ok je. tak tahulah apa halnya diorg jem teruk macam tu, lagi nak dekat sampai meru lagi teruk jem. tengok orang semua banyak keluar dari highway. minah yang cakap dia dah sampai kt depan taman jati pun nak dekat sejam baru dia sampai mydin. rupanya ada lori accident kt highway lepas terowong tu.


wa dengan syam tak payah cakaplah. diorg pun sangkut teruk jugak dalam jem. turun ikut highway tambun ikut jalan biasa pun sangkut dalam jem jugak. nak hilang boring, aku dengan minah pergi jalan-jalan dulu. minah cakap nak cari telekung katanya tapi jumpa jugak macam yang dia nak tapi hari dia tweet cakap dah jumpa dah telekung yang menepati citarasa dia ;)


ok so syam dengan wa dah sampai tapi diorg tak tahu cemaner nak datang kt kitorg. bila aku tanya kt mana, jawapan wa "kt belakang lori" -.- aku ingatkan aku ni yang salah dengar ke apa, aku tanya kt minah "dia kt belakang lori" patutlah kau pass phone kt aku kan lulz


time diorg dah sampai tu, aku dengan minah betul ke tu kereta diorg kang salah cemaner, entah kereta siapa-siapa kita naik hahaha punya teruk tahap rabun, siapa entah tua sangat je dah rupanya.. kitorg ikut jalan shortcut konon tak nak sangkut jem la kan, masuk dalam perumahan dengan kampung orang semua. dah solat zohor, start balik trip nak gerik. 


tapi sampai je kt klebang, sabar jelah.. dia punya jem lagi teruk kot. agaknya diorg yang ikut highway semua keluar nak ikut jalan biasa. nak sampai ke pekan chemor pun dah setengah jam. sudahnya sampai kt mana entah area sg siput kitorg patah balik. yang lawak tu patah balik ke ipoh tak sampai setengah jam dah sampai, but on the way nak ke sg siput tu dari pukul 2 sampai pukul 4 kot.


dahlah semua tengah perut lapar tak lunch. nasib ada jajan. itu pun nak cari kedai nak makan pun banyak yang tutup. tak tahulah kenapa diorang semua planning nak tutup hari tu jugak. nak makan lobster yang famous tu pun kedai tu macam dah takde. tempat tu jumpa tapi kedai takde. haa saja buat lawak ke apa ni..


tapi merasa la jugak syam dengan wa dah lama tak jalan kt ipoh kan hahaha pengalaman sekali seumur hidup korang kot ni. lepas tu singgah kt masjid cina kt tasek jp and then terus gerak pergi makan. and wajib setiap kali budak puo datang ipoh mesti nak singgah taman cempaka. taman yang penuh memori best best hahaha


dalam banyak-banyak tempat yang kitorg google, tulah makan kt shabu-shabu jugak. sebab tempat tu bukak pukul 6.30pm, kitorg pergi singgah kejap kt taman cempaka. bukan ke mana pun, nak singgah glober je. tulah dunia kitorg budak archi dulu nak beli pen, board ke apa nak buat design. untung ar budak sekarang tak payah nak susah macam kitorg dulu, nak buat model pun tak payah nak buat pokok ke rumput bagai, beli yang dah siap je.


tapi kan kongasam la syam cakap aku dah tembam. takpe lepas ni jumpa pipi aku kurus dah tak tembam tapi tulah cakap je lebih, dietnya entah bila nak start hahaha


to yana, sorry tau kitorg tak dapat datang kenduri kawen kau. takde rezeki nak pergi yang kt yan pun sebab aku tak tahu yan kt mana and syam ingat yan tu name orang hahaha 


xoxo





No comments:

Post a Comment